Friday, February 24, 2012

Sedikit Latar Belakang



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam menyokong Program Generasi Y yang dijalankan oleh Giat Mara di Sungai Acheh, Nibong Tebal yang dijadualkan pada 1 April 2012 di Dewan Perda, Sungai Acheh.... Ilmu Bike Club yang kebanyakan ahli berasal dari Sungai Acheh dan kampung sekitar di pohon untuk memeriahkan lagi program ini dengan aktiviti riadah berbasikal dan pada masa yang sama mempromosi gugusan kampung-kampung dalam kawasan Sungai Acheh.

Laluan sejauh +- 30km telah dikenalpasti yang melibatkan 40% off road telah dikenal-pasti yang akan membawa peserta menikmati keindahan alam sekitar dan suasana perkampungan moden yang lengkap dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti penternakan ikan / udang dalam kolam, sawah padi (bendang), perusahaan kampung dan pelbagai aktiviti perniagaan. secara umum laluan akan membawa peserta melalui semua kampung yang ada dibahagian paling selatan Negeri Pulau Pinang.

kami di IBC, dengan besar hati dan rendah diri dengan ini menjemput semua rakan-rakan rider terutama dari Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Parit Buntar dan Tanjung Piandang sama-sama memeriahkan aktiviti ini seterusnya mempromosi lagi sukan berbasikal...

Hormat


Laluan yang akan dilalui oleh peserta