Wednesday, March 21, 2012

ATURCARA..

31 Mac 2012 : Pengambilan T'Shirt..
Bermula dari jam 5 petang hingga jam 12 tgh malam di Pondok IBC, Taman Ilmu (klik untuk lokasi)...
Bagi rakan rider yang tak berupaya untuk mengambil kerana faktor lokasi atau masa.. bolehlah mengambil T'shirt selepas event (1 Apr).. dianggarkan sekitar jam 11 pagi.. 



No. Bertuah juga diedarkan bersama... (hadiah kecik saja  tak de lah motosikal.. tapi ok lah -> barang-barang basikal)

1 April 2012 : Sg. Acheh Fun Ride
7.00 - 7.45 pg :  - berkumpul di perkarangan Dewan Perda Sungai Acheh
                        - masukan No. Bertuah kedalam kotak yang disediakan


8.00 pg  : Pelepasan..

9.00 pg : rider dijangka mula tiba di Pertubuhan Peladang Tg. Berembang
              untuk Refreshment..


11.30 pg : -  dijangka rider dari kelompok akhir tiba..
                -   Jamuan ringan disediakan
                -   Cabutan no bertuah dijalankan
                -   Silaturahim..
                -   Pengambilan T Shirt bagi yang belum

12.30 tgh : majlis dijangka tamat.. jumpa lagi di jamboree / fun ride lain..




Tuesday, March 20, 2012

Penyertaan Kini DITUTUP..

Kami di IBC tidak berniat menghadkan penyertaan dan tarikh tutup 20.Mac lebih bertujuan untuk tempoh masa yg selesa menyiapkan t'shirt sebelum hari event.. dan setakat jam 12 malam, 20 Mac 2012 adalah dianggarkan penyertaan mencapai 550 riderz (angka dah macam mini jamboree).. Terima kasih atas sokongan semua.. seriau pun ada.. harap semua berjalan lancar.. insyaAllah

Hormat dari IBC

Friday, February 24, 2012

Sedikit Latar Belakang



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dalam menyokong Program Generasi Y yang dijalankan oleh Giat Mara di Sungai Acheh, Nibong Tebal yang dijadualkan pada 1 April 2012 di Dewan Perda, Sungai Acheh.... Ilmu Bike Club yang kebanyakan ahli berasal dari Sungai Acheh dan kampung sekitar di pohon untuk memeriahkan lagi program ini dengan aktiviti riadah berbasikal dan pada masa yang sama mempromosi gugusan kampung-kampung dalam kawasan Sungai Acheh.

Laluan sejauh +- 30km telah dikenalpasti yang melibatkan 40% off road telah dikenal-pasti yang akan membawa peserta menikmati keindahan alam sekitar dan suasana perkampungan moden yang lengkap dengan pelbagai aktiviti ekonomi seperti penternakan ikan / udang dalam kolam, sawah padi (bendang), perusahaan kampung dan pelbagai aktiviti perniagaan. secara umum laluan akan membawa peserta melalui semua kampung yang ada dibahagian paling selatan Negeri Pulau Pinang.

kami di IBC, dengan besar hati dan rendah diri dengan ini menjemput semua rakan-rakan rider terutama dari Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Parit Buntar dan Tanjung Piandang sama-sama memeriahkan aktiviti ini seterusnya mempromosi lagi sukan berbasikal...

Hormat


Laluan yang akan dilalui oleh peserta